Brunei

pexels-ron-lach-9594414-scaled.jpg
Brunei, Media Permata, Malaio - Lelaki cuba pecah rekod Guiness kumpul lebih 2,000 pasang stoking
2026-09-02 09:45:36
CALIFORNIA, 2 SEPT – Seorang lelaki dari Carolina Selatan yang berusaha memecahkan Rekod Dunia Guinness bagi koleksi stoking terbesar berkata beliau kini telah mengumpulkan lebih daripada 2,000 pasang stoking. Darryl Parker, penduduk North Augusta yang merupakan pesara anggota bomba dan paramedik, berkata koleksi stokingnya bermula daripada hadiah sempena Hari Bapa, lapor UPI. Selepas itu, beliau mula menerima lebih banyak stoking sempena pelbagai acara termasuk hari jadi dan ulang tahun perkahwinan. “Isteri saya berkata, ‘Hei, dengar sini, kamu sudah mempunyai terlalu banyak stoking…’ Kemudian cucu-cucu saya datang dan berkata, ‘Apa kata kita cuba dapatkan Rekod Dunia Guinness?’” kata Parker kepada WRDW/WAGT. “Saya pun fikir, ‘Apa salahnya, mari kita cuba.’” Rekod semasa dipegang oleh bekas pembaca berita CBS Philadelphia, Jim Donovan, yang mempunyai koleksi sebanyak 1,531 pasang stoking unik yang direkodkan pada 2025. Parker berkata beliau sudah memiliki lebih daripada 2,000 pasang, namun merancang untuk terus mengumpul stoking sehingga penghujung tahun sebelum...
9-aisha.jpeg
Brunei, Media Permata, Malaio - Aisha Retno bersemangat nak buat lagu baharu
2026-09-02 02:08:21
Penyany Aisha Retno meluahkan rasa syukur terhadap kejayaan karya ciptaan dan nyanyiannya berjudul Tak Adil yang kini semakin mengungguli beberapa carta lagu tempatan. Biarpun kedudukan itu terhasil selepas setahun dilancarkan, Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, memberitahu dia tidak menolak kejayaan bergelar naib juara di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) memberi impak kepada lagu berkenaan. “Terima kasih AJL40 kerana memberi impak setinggi langit kepada lagu Tak Adil yang tiba-tiba mendaki beberapa carta tahun ini sedangkan sudah setahun umurnya,” tulis Aisha di Threads kelmarin. Menerusi perkongsian di media sosial Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), lagu berkenaan kini menduduki tempat ketiga dalam senarai 10 Lagu Melayu Paling Tinggi Distrim. Mengucapkan penghargaan buat peminat, Aisha berkata kejayaan itu juga memberi semangat untuk dia terus menghasilkan lagu baharu pada masa akan datang. “Makin tak sabar melahirkan karya-karya baharu di persada dimensi genre yang lebih segar,” ujarnya. Dalam edisi AJL40 yang berlangsung...
Translate »