TUNIS, 26 JAN – Seorang lelaki bertindak membakar dirinya sendiri di kawasan Lafayette, Tunis, ibu negara Tunisia, sebelum mendekati seorang pegawai keselamatan, menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Tunisia, baru-baru ini.
Seorang lagi pegawai keselamatan bertindak melindungi rakannya dengan melepaskan tembakan ke arah lelaki berkenaan. Pegawai keselamatan yang menjadi sasaran mengalami kecederaan melecur dan telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
“Kejadian itu turut mencederakan seorang orang awam yang berada berhampiran lokasi insiden. Mangsa telah dihantar ke hospital dan kini berada dalam keadaan stabil,” menurut kenyataan itu.
Kementerian juga mengesahkan identiti lelaki terbabit yang disahkan meninggal dunia, dengan menyatakan bahawa individu tersebut mempunyai sejarah gangguan psikologi. Namun, tiada butiran lanjut diberikan. – Xinhua