SAO PAULO, 29 JAN – Presiden kelab bola sepak Santos memberitahu pemain bintang Brazil, Neymar bahawa ‘ia sudah tiba masanya untuk kembali’ dalam sebuah video yang diterbitkan di media sosial, kelmarin.
Presiden kelab, Marcelo Teixeira berkata di Instagram untuk menitipkan pesanan kepada Neymar tetapi tidak mengesahkan kepulangan pemain berusia 32 tahun itu ke kelab di mana dia kali pertama membuat kemunculan pada 2009.
“Sudah tiba masa untuk pulang, Neymar. Tiba masanya untuk pulang kepada kelan asal,” kata Teixira.
“Selamat datang, Ney. Sila datang dan kembali gembira dengan jersi ini. Penyokong Santos menanti kepulangan mu dengan tangan terbuka.”
Kontrak Neymar bersama kelab Saudi, Al-Hilal telah ditamatkan dengan persetujuan bersama pada Isnin, menamatkan tempoh 18 bulan yang dihantui kecederaan di Riyadh.
Bekas pemain Barcelona dan Paris Saint-Germain itu hanya bermain tujuh perlawanan untuk kelab selepas menyertai Al-Hilal pada Ogos 2023, meskipun dilaporkan menerima gaji lumayan kira-kira AS$104 juta setahun.- AFP