Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JAN – Seramai 36 pelanggan Takaful Brunei yang bertuah membawa pulang hadiah masing-masing pada Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Ganjaran Super Bulanan Level Up! yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas (ICC), hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang kempen berkenaan ialah Timbalan Ketua Pegawai Operasi Perniagaan Takaful Brunei Am (TBA), Awang Mohd Suffian bin Haji Mohd Salleh.
Dari jumlah tersebut, enam pemenang masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai $5,000, manakala 10 lagi membawa pulang $1,000 dan 20 pemenang bertuah yang lainnya membawa pulang hadiah sebanyak $300.
Di samping wang tunai tersebut, kesemua pemenang juga membawa menerima hadiah 50,000 mata Takaful.
Kempen Ganjaran Super Bulanan Level Up! 2024 menawarkan pelanggan Takaful Brunei peluang untuk memenangi pelbagai hadiah dan 50,000 mata Takaful setiap bulan.
Pelanggan boleh mengambil bahagian dalam kempen berkenaan dengan menyertai Takaful Brunei Am Sdn Bhd (TBA) dan produk Takaful Brunei Keluarga Sdn Bhd (TBK) melalui aplikasi mudah alih Takaful Brunei.
Promosi tersebut telah berlangsung dari 1 Ogos 2024 hingga 31 Disember 2024, dan undian para pemenang telah diundi setiap bulan.
Takaful Brunei turut hadir di Pesta Pengguna & Ekspo Perdagangan 2025 ke-30 dari 15 hingga 19 Januari.
Semasa Pesta Pengguna itu, para pengguna berpeluang memenangi sehingga 1 juta mata Takaful dengan menyertai mana-mana produk takaful melalui aplikasi mudah alih Takaful Brunei, pelanggan berkongsi matlamat kewangan 2025 mereka dan juga dipaparkan dengan HWC Coffee, yang merupakan peniaga di aplikasi mudah alih Takaful Brunei.