Selepas bertahun-tahun memencilkan diri dari dunia hiburan, pelakon terkenal Won Bin akhirnya muncul di hadapan khalayak buat pertama kali.
Won Bin muncul bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang pelakon Kim Sae Ron di Hospital Asan, Seoul pada Isnin lalu.
Pelakon itu dilihat berpakaian serba hitam dan ditemani oleh isterinya iaitu pelakon Lee Na Young dengan wajah yang sugul.
Won Bin dan Sae Ron pernah bergandingan dalam filem The Man From Nowhere yang ditayangkan pada 2010.
Hubungan mereka rapat sejak sama-sama berlakon dalam filem tersebut.
Sementara itu, kehadiran Won Bin turut dilihat sebagai jawapan kepada kehilangannya dari dunia hiburan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Kemunculannya itu seolah-olah menyatakan dia turut menerima pelbagai tekanan seperti mana dialami Sae Ron sehingga tergamak mengambil nyawanya sendiri.
Won Bin dilihat mengambil langkah meninggalkan dunia glamour kerana enggan nasibnya berakhir seperti Sae Ron.
“Bukan perkara pelik Won Bin enggan kembali ke dunia lakonan. Baguslah kalau dia sekarang sudah ada kehidupan lebih baik; Apa lebih penting dia dapat hidup tenang tanpa sebarang tekanan dan dibuli mentalnya oleh warganet; Apatah lagi isu buli di Korea Selatan jauh lebih dahsyat berbanding negara lain,” komen warganet.
Mendiang Sae Ron ditemukan tidak bernyawa setelah dilaporkan bunuh diri di kediamannya pada 15 Februari lalu. – Agensi
